Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

287) PUSAT KAFE SIBER

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan masa hadapan dan usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan bagi mengurangkan aktiviti pusat siber haram yang semakin berleluasa.

    Usaha Kerajaan Negeri adalah seperti:-

    1. Menambah bilangan anggota penguatkuasa di PBT;
    2. Mempergiatkan rondaan dan operasi bersepadu;
    3. Merangka deraf Enakmen Pusat Cyber Cafe Negeri Selangor yang mengandungi langkah-langkah menangani aktiviti pusat siber haram di kawasan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.