Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

120) PUSAT KEBUDAYAAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat dan peranan 3 pusat kebudayaan ini?

    Ketiga-tiga Pusat Kebudayaan ini dibina bagi mengekalkan ciri-ciri keaslian setiap kaum yang mana ianya direka bentuk mengikut peradaban tamadun Melayu, Cina dan India. Pembangunan Pusat Kebudayaan ini juga akan menjadi ikon kebudayaan dan pelancongan di Negeri Selangor serta yakin bahawa ianya mampu menarik minat pelancong sama ada dari dalam dan luar negara untuk melihat seni warisan dan kebudayaan setiap kaum yang akan ditonjolkan melalui program dan aktiviti yang telah dirancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.