Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

151) PUSAT KEBUDAYAAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sudahkah pihak Kerajaan Negeri Selangor mengenal pasti lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina Selangor dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan serta tarikh dijangka siap?

    Pihak Kerajaan Negeri masih dalam proses mengenalpasti lokasi yang bersesuaian dan dalam perbincangan terperinci untuk membina Pusat Kebudayaan Cina dan India. Kerjakerja pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja persetujuan dan penilaian projek diperolehi dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.