PUSAT KEBUDAYAAN CINA & INDIA
9) PUSAT KEBUDAYAAN CINA & INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah rakyat Negeri Selangor akan menikmati kemudahan-kemudahan di Pusat Kebudayaan Cina dan India didalam Negeri Selangor ini ?
- Ketika ini, Pusat Kebudayaan Cina masih di peringkat penyelesaian status tapak. Sebelum ini, jawatankuasa telah memohon agar reka bentuk, komponen projek dan cadangan tapak dikemukakan untuk dibawa dan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa mengikut cadangan asal. Tapak bagi cadangan pembangunan telah dikenalpasti dan hanya menunggu reka bentuk dan pelan pembangunan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri sahaja. Peringkat dan upacara pecah tanah dijangka dapat dilaksanakan pada tahun 2011 ini manakala pembangunan dan pelaksanaan projek berkenaan dijangka bermula pada tahun 2012. Bagi Pusat Kebudayaan India, sehingga kini masih belum terdapat sebarang butiran terperinci tentang projek pembinaannya. Ia hanya di peringkat cadangan dasar
Projek pembinaan hanya tertumpu kepada Pusat Kebudayaan Cina sahaja yang akan turut menjadi projek perintis sebelum pusat kebudayaan kaum lain dibina. Ini bagi membolehkan penilaian dan pemerhatian dibuat terhadap penerimaan masyarakat, kemajuan pelaksanaan dan operasi pusat kebudayaan berkenaan dari setiap sudut. Ini seterusnya membolehkan sebarang penambahbaikan dibuat terhadap pembangunan pusat kebudayaan kaum lain kelak.
