Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

46) PUSAT KEBUDAYAAN CINA SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kerja pembinaan Pusat Kebudayaan Cina boleh dilakukan?

    Secara jelas Kerajaan Negeri seperti dalam cabutan daripada keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 24/2008 yang diadakan pada 20 Ogos 2008 telah bersetuju membatalkan projek Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor di Sungai Kapar Indah II, Daerah Klang. Walaubagaimanapun, pada masa ini Kerajaan Negeri masih meneliti lokasi yang sesuai sebagai gantian bagi membina Pusat Kebudayaan Cina yang baru. Perkara ini disebabkan Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan untuk disalurkan kepada projek tersebut dan memutuskan agar projek ini dibatalkan. Namun demikian, Kerajaan Negeri telah memutuskan terdapat peruntukan sebanyak RM 6 juta yang disalurkan kepada Hal Ehwal Selain Islam bagi tujuan yang sama di mana ianya mungkin boleh digunapakai bagi tujuan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.