Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

37) PUSAT KEBUDAYAAN (CULTURAL CENTER)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status Pusat Kebudayaan (Cultural Center) Melayu, Cina dan India yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri?

    Semenjak sidang Dewan yang lalu, Kerajaan Negeri telah menjalankan usaha yang proaktif dalam usaha mengenal pasti permasalahan dan langkah yang perlu diambil bagi memastikan hasrat mewujudkan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini menjadi kenyataan.

     

    Hasil kerjasama yang telah diberikan daripada semua pihak, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Pusat Kebudayaan Negeri pada 15 Julai 2015 yang lalu yang akan dipengerusikan bersama oleh Y.B Tuan Amirudin Bin Shari yang mewakili Pusat Kebudayaan Melayu, Y.B Dato’ Teng Chang Khim yang mewakili Pusat Kebudayaan Cina dan Y.B Tuan  Ganabatirau Veraman yang mewakili Pusat Kebudayaan India.

     

    Jawatankuasa Pemandu ini terdiri daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Parit dan Saliran Negeri Selangor (JPS) manakala Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bertindak selaku Urus setia.

     

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti tanah-tanah yang terlibat dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Klang di mana pada masa yang sama terdapat beberapa perkara berkaitan perundangan, pemilikan dan pembangunan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu memandang lokasi tanah-tanah yang telah dikenal pasti terletak di kawasan pembangunan dan kediaman sedia ada.

     

    Bagi memastikan perancangan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India ini mengikut perancangan asal seperti yang telah dirancang terdahulu, Kerajaan Negeri juga sedang mengumpulkan semula blueprint pelan pembangunan asal daripada pihak yang terlibat. Pada masa yang sama, blueprint sedia ada ini akan menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri untuk menghasilkan satu (1) pelan tindakan pembangunan yang komprehensif sebelum pembinaan Pusat Kebudayaan Melayu Cina dan India ini dapat dimulakan. Memandangkan kos pembangunan yang begitu besar, Kerajaan Negeri harus meneliti perkara- perkara teknikal supaya perancangan dan pemajuan ini dapat berjalan lancar

     

    dengan     mengambil     kira     kepentingan-kepentingan    stakeholders                   yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.