Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

113) PUSAT KEBUDAYAAN KETIGA-TIGA KAUM DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan jadual waktu yang ada pada kerajaan negeri untuk membina ketiga-tiga buah pusat kebudayaan ini agar ianya akan menjadi satu destinasi pelancongan yang baru untuk Selangor?

    1. Perancangan ke arah pembinaan Pusat Kebudayaan Semua Kaum yang meliputi Cina, Melayu dan India masih diteruskan. Namun begitu, setakat ini hanya Pusat Kebudayaan Cina sahaja yang diberikan fokus dan sebagai projek perintis sebelum pembinaan pusat kebudayaan kaum yang lain. Ia telah melalui beberapa fasa perbincangan di peringkat jawatankuasa khas yang ditubuhkan. Bagi Pusat Kebudayaan Cina, Kerajaan  Negeri masih menunggu reka bentuk dan pelan pembangunan keseluruhan kawasan yang berkenaan dan dijangkakan ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Upacara dan proses pecah tanah dijangka akan dapat disempurnakan pada tahun 2011 ini manakala pembangunan akan bermula pada tahun 2012. Projek pembangunan Pusat Kebudayaan Cina ini kelak akan menjadi kayu pengukur terutama dari sudut penilaian terhadap penerimaan masyarakat, sambutan pengunjung dan pelancong, kesan kepada pembangunan pesisir Sungai Klang dan kesan kepada peningkatan ekonomi masyarakat setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.