Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

74) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU, CINA DAN INDIA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan terkini Kerajaan dalam mewujudkan pusat-pusat di atas?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa siri mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India yang dipengerusikan secara bersama YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Pengangkutan, YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Dan Pekerja Ladang dan YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan yang mewakili ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, cina dan india.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih lagi meneliti kesesuaian lokasi dan implikasi kewangan bagi pelaksanaan projek berkenaan. Pada masa yang sama, Pejabat Daerah dan Tanah Klang sedang menyediakan kertas cadangan berserta implikasi kewangan yang bakal ditanggung oleh kerajaan negeri.

    Sebarang syor dan cadangan yang akan dikemukakan akan diambil kira dan diteliti dengan penuh berhati-hati memandangkan kawasan cadangan melibatkan tanah komersial bernilai tinggi di samping kesan-kesan yang lain melibatkan faktor ekonomi, dan sosial yang perlu diperhalusi.

Lampiran

Tiada Lampiran.