Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

172) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU DAN INDIA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru pembinaan kedua-dua pusat kebudayaan ini memandangkan perbincangan telah bermula sejak lebih tiga tahun yang lalu tetapi ianya masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru?

    Sehingga kini, status pembinaan Pusat Kebudayaan Melayu dan India telah berada di peringkat mengenal pasti tapak yang bersesuaian.  Bagi Pusat Kebudayaan Melayu, tapak telah pun dikenalpasti tetapi masih di peringkat kajian selanjutnya.  Kini cadangan reka bentuk dan konsep pembangunan pusat kebudayaan berkenaan telahpun dikemukakan kepada Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan.

    Bagi Pusat Kebudayaan India, tapak cadangan sedang dalam proses dikenal pasti dan dikaji dari sudut kesesuaian bagi pembangunan selanjutnya.  Kini, Jawatankuasa Kecil masih menunggu cadangan reka bentuk dan pelan konsep pembangunan pusat kebudayaan berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.