Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

46) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU,CINA DAN INDIA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah Pusat Kebudayaan tersebut akan dibina ?

     

    a) dan b)

     

    Cadangan mewujudkan Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India adalah untuk memaparkan rakyat Selangor yang berbilang kaum, bangsa dan keturunan dengan pelbagai budaya dan kepercayaan.

     

    Setelah kajian dilakukan dengan mendalam, kerajaan negeri bercadang membina ketiga-tiga pusat di sepanjang Sungai Klang sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri membersih dan mencantikkan Sungai Klang sehingga boleh menjadi kawasan tarikan pelancongan.

     

    Walau bagaimanapun, memandangkan Kerajaan Persekutuan juga sedang dalam usaha membersihkan sungai melalui ‘Greater KL’ dan ‘River of Life’ maka Kerajaan Negeri berpandangan pembersihan Sungai Klang elok diadakan bersekali dengan Kerajaan Persekutuan. Proses ini juga telah menangguhkan hasrat kita untuk membina ketiga-tiga Pusat Kebudayaan yang dirancang.

     

    Kerajaan Negeri juga masih lagi belum memuktamadkan jumlah peruntukan yang akan diberi bagi pembinaan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.