Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

6) PUSAT KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah memutuskan lokasi dan kos bagi tujuan pembangunan Pusat Kebudayaan Negeri Selangor yang dicadangkan bagi memaparkan kepelbagaian kebudayaan etnik dan kaum yang berada di Negeri Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Perancangan bagi penubuhan Pusat Kebudayaan pelbagai kaum di Selangor telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Kebudayaan semenjak Ianya melibatkan pembangunan pusat kebudayaan pelbagai kaum yang secara keseluruhannya berpusat di daerah Klang. Cadangan ini melibatkan empat (4) tapak bagi ketiga-tiga kaum, iaitu satu (1) tapak di Kg. Bukit Kuda bagi Pusat Kebudayaan Melayu, satu (1) tapak di Bandar Klang bagi Pusat Kebudayaan Cina dan dua (2) tapak di Kg Pandan bagi Pusat Kebudayaan India.

    Perkara ini kemudiannya telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-33/2012 bertarikh 11 September 2012 dan telah disahkan pada MMKN Ke-34/2012 pada 19 September 2012 dengan keputusan seperti berikut:

    1. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengambil maklum pembentangan konsep cadangan pembangunan dan tiga (3) cadangan opsyen Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India Negeri Selangor dan cadangan konsep bagi mengintegrasikan ketiga-tiga pusat kebudayaan tersebut oleh juru perunding DPZ
    2. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju agar peruntukan sebanyak RM80,000.00 diperuntukkan bagi penyediaan detail concept untuk ketiga-tiga cadangan pusat kebudayaan dan cadangan mengintegrasikan ketiga-tiga pusat kebudayaan tersebut dengan menggunakan peruntukan Kerajaan “

    Lanjutan itu, beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perlaksanaan pusat kebudayaan ini. Walau bagaimanapun, cadangan bagi pembangunan pusat kebudayaan ini tidak diteruskan bagi menghormati dan menyempurnakan titah dari D.Y.M.M Sultan Selangor

    berkaitan perkara melibatkan pelbagai kaum yang disampaikan melalui surat daripada Pejabat Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Y.B Setiausaha     Kerajaan                                      Negeri                     Selangor             (Ruj: (9)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld 26) bertarikh 12 September 2012 seperti berikut:

    “D.Y.M.M Sultan Selangor menitahkan bahawa Baginda tidak berkenan pembinaan pintu gerbang (Arch) di Jalan Tengku Kelana, Klang yang disebut ‘Little India’ kerana Klang adalah merupakan Bandar Diraja. Baginda juga tidak berkenan bandar-bandar di dalam Negeri Selangor ini diwujudkan ‘Little India’ atau ‘China Town’ atau ‘Islamic City’. Ini dikhuatiri boleh mewujudkan sentimen perkauman kerana Baginda mahukan rakyat di Negeri Selangor hidup dalam harmoni dan bersatu padu. D.Y.M.M Sultan Selangor juga pernah menerima permohonan menamakan Shah Alam sebagai ‘Islamic City’ di mana Baginda telah menolak permohonan ini atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.”

    Perkara ini sekali lagi telah ditegaskan melalui surat daripada Pejabat Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Y.Bhg Dato’ Y.D.P Majlis Perbandaran Klang (MPK) (Rujukan: (65)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.37) bertarikh 27 April 2016 seperti berikut:

    “D.Y.M.M Sultan Selangor tidak berkenan untuk sebarang pewartaan nama ‘Little India’ di mana-mana tempat di Negeri Selangor, terutama sekali di Klang.

    D.Y.M.M Sultan Selangor menitahkan supaya status Klang sebagai Bandar Diraja hendaklah dijaga dengan baik. Walau bagaimanapun D.Y.M.M Sultan Selangor tidak menghalang pengembangan amalan budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini untuk memperkayakan lagi warisan kebudayaan dan kesenian di Negeri Selangor. D.Y.M.M Sultan Selangor juga menitahkan supaya isu ‘Little India’ tidak lagi ditimbulkan pada masa-masa akan datang.”

    Disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan di lampiran untuk perhatian.

    Sehubungan itu, bagi menggantikan rancangan penubuhan Pusat Kebudayaan pelbagai kaum di Selangor, satu cadangan telah dikemukakan untuk mengenal pasti satu kawasan yang dapat dijadikan sebagai sebuah “Desa Budaya” yang mengandungi elemen daripada pelbagai kaum. Cadangan ini adalah selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor semasa Majlis Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) pada 5 Mei 2010 iaitu mewujudkan satu “Desa Budaya” yang memaparkan khazanah kekayaan adat Melayu dan warisan Selangor di lokasi yang bersesuaian di pintu masuk negeri Selangor (rujuk lampiran).

    Pewujudan Desa Budaya ini akan melibatkan perancangan jangka masa panjang dan perlaksanaannya akan digerakkan secara kolaboratif antara Kerajaan Negeri dan juga penduduk tempatan. Desa tersebut hendaklah mempunyai penduduk daripada pelbagai kaum yang menjalankan kegiatan ekonomi tradisional seperti pertanian, perikanan, penternakan,  pertukangan dan kraf tangan serta kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian yang beridentitikan Selangor.

    Di dalam Desa Budaya tersebut juga akan diwujudkan sebuah kompleks kebudayaan seperti yang terdapat di Perkampungan Hang Tuah dan Perkampungan Budaya Sarawak. Bagi tujuan itu pihak Padat telah mengenal pasti beberapa lokasi yang berkemungkinan sesuai di pintu masuk Selangor melalui jalan darat di Sabak Bernam. Namun begitu, lokasi yang tepat akan dimaklumkan sejurus selepas kajian dan perbincangan lanjut dilakukan bersama pihak-pihak yang berkaitan.

    1. Perancangan bagi penubuhan Pusat Kebudayaan pelbagai kaum di Selangor telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Kebudayaan semenjak Ianya melibatkan pembangunan pusat kebudayaan pelbagai kaum yang secara keseluruhannya berpusat di daerah Klang. Cadangan ini melibatkan empat (4) tapak bagi ketiga-tiga kaum, iaitu satu (1) tapak di Kg. Bukit Kuda bagi Pusat Kebudayaan Melayu, satu (1) tapak di Bandar Klang bagi Pusat Kebudayaan Cina dan dua (2) tapak di Kg Pandan bagi Pusat Kebudayaan India.

     

    Perkara ini kemudiannya telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-33/2012 bertarikh 11 September 2012 dan telah disahkan pada MMKN Ke-34/2012 pada 19 September 2012 dengan keputusan seperti berikut:

     

    1. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengambil maklum pembentangan konsep cadangan pembangunan dan tiga (3) cadangan opsyen Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India Negeri Selangor dan cadangan konsep bagi mengintegrasikan ketiga-tiga pusat kebudayaan tersebut oleh juru perunding DPZ
    2. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju agar peruntukan sebanyak RM80,000.00 diperuntukkan bagi penyediaan detail concept untuk ketiga-tiga cadangan pusat kebudayaan dan cadangan mengintegrasikan ketiga-tiga pusat kebudayaan tersebut dengan menggunakan peruntukan Kerajaan “

     

    Lanjutan itu, beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perlaksanaan pusat kebudayaan ini. Walau bagaimanapun, cadangan bagi pembangunan pusat kebudayaan ini tidak diteruskan bagi menghormati dan menyempurnakan titah dari D.Y.M.M Sultan Selangor

     

    berkaitan perkara melibatkan pelbagai kaum yang disampaikan melalui surat daripada Pejabat Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Y.B Setiausaha     Kerajaan                                      Negeri                     Selangor             (Ruj: (9)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld 26) bertarikh 12 September 2012 seperti berikut:

     

    “D.Y.M.M Sultan Selangor menitahkan bahawa Baginda tidak berkenan pembinaan pintu gerbang (Arch) di Jalan Tengku Kelana, Klang yang disebut ‘Little India’ kerana Klang adalah merupakan Bandar Diraja. Baginda juga tidak berkenan bandar-bandar di dalam Negeri Selangor ini diwujudkan ‘Little India’ atau ‘China Town’ atau ‘Islamic City’. Ini dikhuatiri boleh mewujudkan sentimen perkauman kerana Baginda mahukan rakyat di Negeri Selangor hidup dalam harmoni dan bersatu padu. D.Y.M.M Sultan Selangor juga pernah menerima permohonan menamakan Shah Alam sebagai ‘Islamic City’ di mana Baginda telah menolak permohonan ini atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.”

     

    Perkara ini sekali lagi telah ditegaskan melalui surat daripada Pejabat Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Y.Bhg Dato’ Y.D.P Majlis Perbandaran Klang (MPK) (Rujukan: (65)dlm.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.37) bertarikh 27 April 2016 seperti berikut:

     

    “D.Y.M.M Sultan Selangor tidak berkenan untuk sebarang pewartaan nama ‘Little India’ di mana-mana tempat di Negeri Selangor, terutama sekali di Klang.

    D.Y.M.M Sultan Selangor menitahkan supaya status Klang sebagai Bandar Diraja hendaklah dijaga dengan baik. Walau bagaimanapun D.Y.M.M Sultan Selangor tidak menghalang pengembangan amalan budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini untuk memperkayakan lagi warisan kebudayaan dan kesenian di Negeri Selangor. D.Y.M.M Sultan Selangor juga menitahkan supaya isu ‘Little India’ tidak lagi ditimbulkan pada masa-masa akan datang.”

     

    Disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan di lampiran untuk perhatian.

     

    Sehubungan itu, bagi menggantikan rancangan penubuhan Pusat Kebudayaan pelbagai kaum di Selangor, satu cadangan telah dikemukakan untuk mengenal pasti satu kawasan yang dapat dijadikan sebagai sebuah “Desa Budaya” yang mengandungi elemen daripada pelbagai kaum. Cadangan ini adalah selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor semasa Majlis Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) pada 5 Mei 2010 iaitu mewujudkan satu “Desa Budaya” yang memaparkan khazanah kekayaan adat Melayu dan warisan Selangor di lokasi yang bersesuaian di pintu masuk negeri Selangor (rujuk lampiran).

     

    Pewujudan Desa Budaya ini akan melibatkan perancangan jangka masa panjang dan perlaksanaannya akan digerakkan secara kolaboratif antara

     

    Kerajaan Negeri dan juga penduduk tempatan. Desa tersebut hendaklah mempunyai penduduk daripada pelbagai kaum yang menjalankan kegiatan ekonomi tradisional seperti pertanian, perikanan, penternakan,  pertukangan dan kraf tangan serta kaya dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian yang beridentitikan Selangor.

     

    Di dalam Desa Budaya tersebut juga akan diwujudkan sebuah kompleks kebudayaan seperti yang terdapat di Perkampungan Hang Tuah dan Perkampungan Budaya Sarawak. Bagi tujuan itu pihak Padat telah mengenal pasti beberapa lokasi yang berkemungkinan sesuai di pintu masuk Selangor melalui jalan darat di Sabak Bernam. Namun begitu, lokasi yang tepat akan dimaklumkan sejurus selepas kajian dan perbincangan lanjut dilakukan bersama pihak-pihak yang berkaitan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.