Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

54) PUSAT KEBUDAYAAN TIONGHUA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru pembinaan Pusat Kebudayaan Tionghua?

    Pembinaan Pusat Kebudayaan Cina ( PKC ) Negeri Selangor telah memasuki fasa
    pemilihan tapak / lokasi baru bagi pembinaan projek tersebut. Cadangan tapak / lokasi
    baru telah dibentangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 1 Julai 2009 yang
    lalu. Ini bagi menggantikan pembinaan di tapak asal projek sebelum ini iaitu di Sungai
    Kapar Indah II, Klang. Sebanyak 4 lokasi baru telah dikenalpasti namun, pemilihan akhir
    bagi lokasi sebenar masih belum dibuat sehinggalah perunding yang dilantik selesai
    membuat kajian terhadap lokasi-lokasi berkenaan. Kajian ini adalah penting untuk
    menilai dan mengkaji kesesuaian tapak / lokasi daripada aspek kemudahsampaian, kos
    pengambilan balik tanah ( jika ada ), penyediaan pelan tapak, struktur tanah dan muka
    bumi serta pandangan dan respon masyarakat setempat tentang projek berkenaan.
    Lokasi-lokasi berkenaan ialah:-
    1) Lot 19, Seksyen 19, Bandar Klang ( berhampiran Bengkel MPK )
    Tanah Hak Milik A&M Development Sdn Bhd
    2) Seksyen 21, Bandar Klang ( berhampiran Sungai Klang, Pasar Jawa dan Masjid
    Klang )
    Tanah Tetuan Maseni ( belum dikeluarkan hakmilik )
    3) Pekan Pandamaran – Bukit Tinggi ( berhampiran JUSCO Bukit Tinggi )
    Tanah Hakmilik Gemilang Waras Sdn Bhd
    4) Kota Bayumas ( Lot 46 )
    Tanah Hakmilik I & P Sdn Bhd

Lampiran

Tiada Lampiran.