PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC) NEGERI SELANGOR

41) PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC) NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberkesanan penyediaan OSCC yang di sediakan oleh Kerajaan Negeri?

    Di Negeri Selangor, perkhidmatan OSCC ini disediakan di semua hospital kerajaan yang berjumlah sepuluh (10) hospital di Negeri Selangor. Perkhidmatan ini ditempatkan di Unit Kecemasan dan Trauma di sesebuah hospital tersebut di mana setiap kes mula diberi rawatan. Setiap kes penderaan/ rogol/ keganasan akan diberi rawatan sepenuhnya di unit ini sebelum dirujuk ke wad (untuk rawatan lanjut sekiranya perlu) atau didiscaj. Dengan adanya perkhidmatan OSCC ini, ianya memberi kemudahan kepada para pesakit dan yang paling penting adalah dapat menjaga kehormatan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.