Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

88) PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan bagi melaksanakan Pusat Khidmat Krisis Sehenti pada 2016?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa prihatin dan menitik berat akan soal keselamatan dan kebajikan warga Selangor. Justeru itu, Program Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau One Stop Crisis Centre (OSCC) masih diteruskan pelaksanaannya dengan peruntukan sebanyak RM50,000.00 setiap tahun bagi menjayakan program ini dan peruntukan yang sama juga diberikan pada tahun 2016.

    Peruntukan tersebut akan habis dibelanjakan setiap tahun bagi membiayai program-program yang berkaitan dengan OSCC anjuran Kerajaan Negeri dengan dibantu oleh agensi kerajaan yang lain seperti Pejabat-Pejabat Daerah/ Tanah dan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor. Kebiasaannya program-program tersebut adalah berkonsepkan advokasi dan kempen kesedaran bagi membolehkan mangsa keganasan rumahtangga (domestic violence) meneruskan kehidupan seperti biasa dan yang paling penting adalah dapat menjaga kehormatan mereka.

    Namun demikian, pada tahun 2016, peruntukan tersebut telah disalurkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terpilih bagi pelaksanaan program khidmat crisis intervention yang dianjurkan oleh NGO-NGO itu sendiri. NGO-NGO tersebut adalah terdiri daripada Women’s Aid Organisastion (WAO)  dan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

    Kerajaan Negeri sentiasa pro-aktif dan peka dalam melaksanakan program yang telah dilancarkan. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan pendekatan kempen yang sama. Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan semua pihak dalam menambahbaik terhadap program yang sedang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.