Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

35) PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasionalnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan DUN yang dimenangi Barisan Nasional?

    Rasionalnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan DUN yang dimenangi oleh Barisan Nasional ialah untuk memudahkan Y.B. Pakatan Rakyat menyalurkan segala bantuan sedia ada dalam bentuk perkhidmatan dan pembangunan.

    Selain itu bagi memudahkan Anggota Kerajaan Negeri berinteraksi dan berhubung serta menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin, miskin tegar, ibu tunggal dan warga emas.

    Seterusnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat ini bagi memudahkan penyaluran maklumat berkenaan Daerah dan program yang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.