Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

93) PUSAT KOMUNITI BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan pusat komuniti setempat belia di setiap Dun?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi dalam hal pembangunan dan pengupayaan belia di seluruh Negeri Selangor.

     

    Dalam membangun dan mengupayakan belia, Pusat Komuniti setempat adalah wadah yang penting untuk tujuan pembangunan ini. Atas kesedaran inilah maka Kerajaan Negeri Selangor telah membangun dan menyediakan

    33 Dataran Anak Muda yang sekaligus boleh dijadikan gelanggang serbaguna di 33 buah DUN di seluruh Negeri Selangor.

     

    Senarai 33 DUN berkenaan adalah seperti berikut :-

     

    BIL DUN
    1 Balakong
    2 Bangi
    3 Batang Kali
    4 Batu Caves
    5 Bukit Antarabangsa
    6 Bukit Lanjan
    7 Bukit Melawati
    8 Chempaka
    9 Dusun Tua
    10 Gombak Setia
    11 Hulu Kelang
    12 Ijok

     

     

    13 Jeram
    14 Kajang
    15 Kota Anggerik
    16 Kota Damansara
    17 Kuang
    18 Lembah Jaya
    19 Meru
    20 Morib
    21 Paya Jaras
    22 Permatang
    23 Rawang
    24 Semenyih
    25 Seri Andalas
    26 Seri Serdang
    27 Sijangkang
    28 Sungai Burong
    29 Sungai Pelek
    30 Taman Templer
    31 Tanjong Sepat
    32 Teluk Datuk
    33 Teratai

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.