Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

108) PUSAT KOMUNITI SETEMPAT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan mempunyai rancangan mewujudkan sekurang-kurangnya satu Pusat Komuniti Setempat di setiap DUN yang dilengkapi dengan infra struktur asas dan pegawai khas terlatih?

    Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan memperkasakan Pusat Khidmat DUN sebagai pusat pengurusan, penyelarasan suatu pelaksanaan program dan aktiviti Ahli-ahli Dewan Negeri serta Pegawai Penyelaras Dewan Negeri di semua DUN di Negeri Selangor. Semua Pusat Khidmat DUN telah diperuntukkan sebanyak RM900,000.00 setahun bagi Ahli Dewan Negeri Kerajaan manakala sejumlah RM700,000.00 setahun kepada Pegawai Penyelaras DUN Kerajaan di bawah peruntukan Vot P01 – Pejabat Menteri Besar dan SUK bagi tujuan menampung pelaksanaan projek kecil, program mesra rakyat, sumbangan dan bantuan serta pengurusan pejabat.

    Selain itu, peruntukan lain juga disediakan untuk pemerkasaan Pusat Khidmat DUN dengan melantik dua (2) kaki tangan sokongan untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan kelengkapan infrastruktur asas untuk menjadikan Pusat Khidmat DUN sebagai pusat tumpuan penduduk di DUN berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.