Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

69) PUSAT KOORDINASI (CO-CENTRE)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pusat Koordinasi (Co-centre) untuk segala bantuan yang ditubuhkan cuma terdapat di SUK. Adakah ia akan ditubuhkan di kesemua daerah di Negeri Selangor?

    Untuk makluman, “Pusat Koordinasi” yang dimaksudkan belum diwujudkan secara
    khusus di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Demikian, Pejabat SUK
    berperanan sebagai agensi pusat untuk mengkoordinasi dasar dan pentadbiran
    Kerajaan Selangor, mengikut Bahagian dengan bidang tugas masing-masing.
    Contohnya, Seksyen Sektoral (Unit Perancang Ekonomi Negeri – UPEN)
    bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan Program Pembangunan
    Pertanian, Usahawan, Pelancongan, Pembasmian Kemiskinan, Kebajikan Pekerja
    Ladang serta Pembangunan Wanita dan Belia bagi meningkatkan sosioekonomi dan
    kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Selain itu, Dasar Kerajaan Prihatin yang juga
    dikendalikan oleh Seksyen Sektoral ini berperanan membantu usaha-usaha kerajaan
    Negeri di dalam menyelaras aktiviti dan program-program pembasmian kemiskinan
    dengan kerjasama agensi pusat dan daerah.
    Walau bagaimanapun, cabang fungsi “Pusat Koordinasi” juga diagihkan kepada setiap
    daerah di Selangor. Pentadbiran daerah turut berperanan sebagai “agen” Pentadbiran
    Kerajaan Negeri yang berinteraksi secara langsung dengan orang awam. Contohnya,
    Tabung Jasamu yang melibatkan peruntukan dana sejumlah RM10juta setahun di
    bawah pengendalian Perbendaharaan Negeri Selangor juga disokong oleh pentadbiran
    daerah, dari aspek pengurusannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.