Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

237) PUSAT PANDU BUANG SAMPAH MERU INDAH INDUSTRI DI PERSIARAN HAMZAH ALANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Aktiviti pembuangan sampah haram masih berlaku di hadapan pagar. Apa tindakan MPK?

     

    Tindakan MPK bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram di hadapan pagar Pusat Pandu Buang Sampah Meru Indah adalah seperti berikut:-

     

    • Majlis telah meletakkan planter box dan memasang tali kuning di kawasan pembuangan sampah haram tersebut;
    • Melaksanakan tindakan   penguatkuasaan   dan    operasi                              pengintipan pembuangan sampah haram setiap hari;
    • Melaksanakan pembersihan di buat 3 kali seminggu oleh kontraktor; dan
    • Pemasangan banner larangan buang sampah di lapan (8) lokasi DUN Meru.

Lampiran

Tiada Lampiran.