Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

12) PUSAT PELANCONGAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan Pekan Pelabuhan Klang yang kini seperti pekan tinggal kepada pusat pelancongan yang baru?

    Pekan Pelabuhan Klang mempunyai potensi untuk dibangunkan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Ini kerana, Pekan Pelabuhan Klang akan menerima impak daripada cadangan pembangunan di bawah segmen ‘Kluster Industri Sokongan Pelabuhan dan Maritim’ yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.