Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

15) PUSAT PELUPUSAN KENDERAAN USANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan pusat pelupusan kenderaan usang di setiap PBT di Negeri Selangor ekoran depoh PBT yang semakin penuh?

    Pada masa ini, PBT Negeri Selangor telah menyediakan depoh atau tempat penyimpanan kenderaan terbengkalai yang telah ditunda/ disita. Secara keseluruhan, PBT mempunyai 19 depoh kenderaan seperti berikut:

    Bil. PBT Kuantiti Depoh Lokasi Depoh Kenderaan
    1. MBSA 3 Lokasi   i)    Seksyen U16, Shah Alam

    ii)    Seksyen 31, Shah Alam

    iii)    Seksyen 17, Shah Alam

    2. MBPJ 1 Lokasi   i)    Seksyen 26, Shah Alam
    3. MPSJ 4 Lokasi   i)    Puchong Utama

    ii)    TP 3, Taman Perindustrian Subang

    iii)    Sri Puchong

    iv)    Taman Perindustrian Bukit Serdang, Jalan PBS 14/2

    4. MPS 2 lokasi   i)    Belakang Stadium MPS

    ii)    Sg, Kertas, Gombak (tender operator swasta)

    5. MPKj 1 Lokasi   i)    Tapak Semaian, Bandar Baru Bangi
    6. MPK 1 Lokasi   i)    Jalan Tepi Sungai, Klang
    7. MPAJ 3 Lokasi   i)    Taman Putra Sulaiman

    ii)    Taman Melawati

    iii)    Bengkel MPAJ, Pandan Indah

    8. MPSp 1 Lokasi   i)    Bandar Baru Salak Tinggi
    9. MDKS 1 Lokasi   i)    Tanjung Keramat
    10. MDHS 1 Lokasi   i)    Kawasan Industri, Jalan Kenanga, Bukit Beruntung
    11. MDKL 1 Lokasi i) Depoh Tahanan Sementara Sungai Manggis, Bandar Saujana Putra
    12. MDSB Tiada   i)    Kenderaan sitaan diletakkan di kawasan PBT. Sedang mencari lokasi tapak yang bersesuaian.
    Jumlah 19 Lokasi

    **Sumber : Semua PBT Negeri Selangor

    Kerajaan Negeri mengambil maklum akan kekangan yang dihadapi oleh PBT akibat kawasan depoh yang terhad dan semakin penuh. Walau bagaimanapun, cadangan mewujudkan tapak pelupusan di setiap PBT memerlukan kos yang tinggi dan kesukaran bagi sesetengah PBT untuk menyediakan tapak tersebut. Selain itu, proses pelupusan yang lama hanya akan menyebabkan tambahan lambakan kenderaan usang sekiranya tapak pelupusan diwujudkan.

    Sehubungan itu, adalah tidak bersesuaian untuk PBT menyediakan pusat pelupusan setempat kerana PBT boleh melantik kontraktor luar untuk urusan pelupusan ataupun PBT sendiri akan menghantar kenderaan tersebut ke kilang besi buruk.

    Kerajaan Negeri masih menunggu garis panduan menguruskan kenderaan terbiar daripada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dijangka pada Jun 2019 sebelum sesuatu Garis Panduan yang seragam di peringkat Negeri Selangor dapat dirangka dan selari di peringkat persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.