Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

43) PUSAT PEMBUANGAN SAMPAH JALAN TEMPINIS SUNGAI PELONG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penduduk di Jalan Tempinis menghadapi masalah tempat membuang sampah sehingga terpaksa menjadikan kawasan tepi jalan sebagai tempat sampah. Bolehkah MBSA jadikan tempat yang ada sekarang ini sebagai tempat yang sah pembuangan sampah?

    Pihak Majlis telah menjalankan pemantauan di tapak dan mendapati penduduk di kawasan Jalan Tempinis Sungai Pelong, Seksyen U18 menjadikan kawasan tepi jalan sebagai tempat pembuangan sampah. Terdapat tong sampah yang disediakan di tepi jalan untuk kemudahan penduduk membuang sampah. Sebahagian tong tersebut disediakan oleh pihak Majlis dan sebahagian lagi disediakan sendiri oleh penduduk.

    Bagi memastikan sistem pengumpulan dan kutipan sampah domestik di Jalan Tempinis Sungai Pelong, Seksyen U18 lebih teratur dan kemas, pihak Majlis bercadang menempatkan tong berpusat di tepi jalan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk kemudahan penduduk setempat.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.