Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

94) PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN TADIKA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila bekalkan jumlah pusat penjagaan kanak-kanak di tempat bekerja (workplace childcare) di Negeri Selangor mengikut daerah.

    Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

    TASKA terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu:

    1. TASKA di Rumah
    2. TASKA Institusi
    3. TASKA Di Tempat Kerja
    4. TASKA Komuniti

    Setiap TASKA adalah dikehendaki berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 4, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

    Sehingga September 2016, terdapat 47 buah TASKA Di Tempat Kerja di Negeri Selangor. Senarai TASKA Di Tempat Kerja mengikut daerah adalah seperti berikut:

    JUMLAH TASKA DI TEMPAT KERJA DI NEGERI SELANGOR MENGIKUT

    DAERAH SEHINGGA SEPTEMBER 2016

    BIL. DAERAH BIL. TASKA DI TEMPAT KERJA (AWAM) BIL. TASKA DI TEMPAT KERJA (SWASTA) BIL. TASKA DI TEMPAT KERJA

    (AWAM & SWASTA)

    1. Petaling 14 5 19
    2. Sepang 10 4 14
    3. Gombak 3 2 5
    4. Hulu Langat 3 2 5
    5. Hulu Selangor 1 0 1
    6. Kuala Langat 1 0 1
    7. Kuala Selangor 1 0 1
    8. Sabak Bernam 1 0 1
    9. Klang 0 0 0
    JUMLAH 34 13 47

     

    SENARAI TASKA DI TEMPAT KERJA DI NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH SEHINGGA SEPTEMBER 2016

     

    BIL. NAMA TASKA TASKA DI TEMPAT KERJA DAERAH
    1. Taska Majlis Peperiksaan Malaysia Taska Tempat Kerja Awam Gombak
    2. Genius Kiddos Childcare Centre Taska Tempat Kerja Awam Gombak
    3. Taska Petzl Development Taska Tempat Kerja Swasta Gombak
    4. Taska Murni Taska Tempat Kerja Awam Gombak
    5. Taska Kanak-Kanak Manja Taska Tempat Kerja Swasta Gombak
    6. Taska Inspen Taska Tempat Kerja Awam Hulu Langat
    7. Comel Child Care Centre Taska Tempat Kerja Swasta Hulu Langat
    8. Taska Pok Amai- Amai Hasil (APM) Taska Tempat Kerja Awam Hulu Langat
    9. UNMC Childcare Centre Taska Tempat Kerja Swasta Hulu Langat
    10. Taska Vonad Taska Tempat Kerja Awam Hulu Langat
    11. Taska Balqis Taska Tempat Kerja Awam Hulu Selangor
    12. Taska Adhwaa Taska Tempat Kerja Awam Kuala Langat
    13. Taska Tunas Intelek Taska Tempat Kerja Awam Kuala Selangor
    14. Sime Darby Plantations Child Care Centre Taska Tempat Kerja Swasta Petaling
    15. Taska Cahaya Mata Angkasa Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    16. Sime Darby Plantations Childcare Centre Taska Tempat Kerja Swasta Petaling
    17. Taska Rimba Taska Tempat Kerja Swasta Petaling
    18. Taska SUK Negeri Selangor Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    19. Taska Impian Cemerlang Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    20. Taska Haslinda Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    21. Taska Si Comel Cerdik Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    22. Taska Permata Sirim Berhad Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    23. Taska Permata Bonda SKMS Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    24. Taska Si Comel Cerdik Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    25. TASKA Permata PKPS Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    26. Taska Cahaya Mata (TCM) Koperasi Universiti Putra Malaysia  Berhad Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    27. Taska MPSJ USJ 3 Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    28. Taska Keluarga Harmoni dan Indah Taska Tempat Kerja Swasta Petaling
    29. Taska MPSJ Permata Sari Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    30. Taska Ceria Cerdas Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    31. Taska Early Learning Centre Taska Tempat Kerja Swasta Petaling
    32. Taska MBPJ Taska Tempat Kerja Awam Petaling
    33. Taska Ummu Selamah Taska Tempat Kerja Awam Sabak Bernam
    34. Taska Tiga D Hati TasKa Tempat Kerja Swasta Sepang
    35. Taska Inspen Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    36. Taska Pok Amai- Amai Hasil Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    37. AADK Kids Child Care Centre Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    38. Kidsville MP Sepang Child Care Centre Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    39. Taska Kasih Cahaya Permata MPOB Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    40. Cyberview Childcare Centre Taska Tempat Kerja Swasta Sepang
    41. Taska Impian Erysha Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    42. Taska Warga Infra Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    43. Taska De Sayang Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    44. Taska Cahaya Permata Dengkil Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    45. Taska UNITEN Taska Tempat Kerja Awam Sepang
    46. Aerotots Chicare Centre Taska Tempat Kerja Swasta Sepang
    47. Taska TNB Research Tempat Kerja Swasta Sepang

Lampiran

Tiada Lampiran.