Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

192) PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membendung kelahiran pusat penjagaan kanakkanak yang tidak berdaftar dan beroperasi dalam rumah kediaman?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung kelahiran pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar. Antaranya adalah menganjurkan program yang berbentuk advokasi untuk memberi kesedaran kepada pengusaha dan pengendali berdaftar dengan pihak Jabatan. Sepanjang tahun 2016 sebanyak 6 program advokasi telah dijalankan di kawasan tumpuan iaitu Petaling, Hulu Langat, Klang dan Kuala

     

    Selain daripada itu, mesyuarat Inter Agensi turut diadakan dalam membincangkan isu pendaftaran pusat jagaan yang melibatkan agensi teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan BOMBA dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Syarikat Suruhanjaya Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan lain-lain. Sepanjang 2016, sebanyak 12 mesyuarat Inter Agensi telah diadakan di peringkat daerah dan negeri bagi membincangkan isu pendaftaran pusat jagaan dan TASKA.

    Sehingga Februari 2017, sebanyak 330 Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang telah berdaftar dan 142 pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar seperti berikut:

     

     

    Daerah

    Jumlah Pusat Jagaan Kanak- Kanak Berdaftar Jumlah Pusat Jagaan Kanak- Kanak Tidak Berdaftar  

    JUMLAH

    Petaling Jaya 141 44 185
    Gombak 38 39 77
    Klang 43 26 69
    Hulu Langat 62 7 69
    Sepang 23 15 38
    Hulu Selangor 11 3 14
    Kuala Selangor 5 4 9
    Kuala Langat 3 4 7
    Sabak Bernam 4 0 4
    JUMLAH 330 142 472

     

     

    Bagi membendung kes pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah mewujudkan kumpulan Task Force di peringkat daerah yang mengeluarkan surat peringatan sebagai tindakan awal sebelum pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dijalankan melalui Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]. Bagi Pusat Jagaan yang tidak berdaftar, tindakan yang boleh diambil mengikut peruntukan Akta 506 adalah tindakan lak, kompaun dan pendakwaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.