Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

30) PUSAT PENYEMBELIH AYAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri atas pembinaan Pusat Penyembelih Ayam DBKL di kawasan sempadan Selangor yang tidak mempunyai jarak zon penampan sejauh 500m?

    Kerajaan Negeri melalui pihak Berkuasa Tempatan tidak menghalang sebarang bentuk pembangunan yang ingin dilaksanakan. Di dalam isu cadangan pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam DBKL di kawasan sempadan Selangor, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berpandangan  bahawa cadangan tersebut tidak sesuai dilaksanakan kerana   pusat penyembelihan  ayam yang dicadangkan ini tergolong  di  dalam  kategori  industri  berat, dimana  zon penampan 300 meter adalah diperlukan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran bau,  bunyi  dan  lain-lain . Dalam masa yang sama  kawasan  perumahan  terdekat  adalah di dalam lingkungan 200 meter dan ini boleh memberi kesan kepada penduduk setempat sekiranya pembinaan pusat penyembelihan  ayam dibenarkan.

    Selain itu, pihak MPS juga telah membuat beberapa perbincangan yang melibatkan Ahli Majlis Kawasan dan mendapati Pusat Penyembelihan ini sememangnya tidak sesuai dibina dikawasan tersebut memandangkan jarak zon penampan yang tidak sesuai, kesesakan trafik yang teruk terutama melibatkan kawasan sempadan MPS di samping isu-isu yang dibangkitkan seperti di atas.

    Oleh yang demikian, Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur, MPS bilangan 4/2018 bertarikh 7 September 2018, telah mencadangkan agar satu kajian jangka masa panjang perlu dibuat terhadap cadangan Pusat Penyembelihan Ayam ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.