Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

183) PUSAT PERJUDIAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana pihak Kerajaan Negeri membanteras siber cafe yang menjalankan perjudian atas talian?

    Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius terhadap premis-premis yang menjalankan aktiviti perjudian sama ada secara talian atau pun terbuka. Sehubungan itu, antara usaha Kerajaan Negeri bagi membanteras aktiviti perjudian adalah:-

     

    • Turut serta ke mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk bersama-sama membincangkan isu penyalahgunaan premis perniagaan untuk tujuan aktiviti perjudian;

     

    • Membincangkan langkah-langkah menangani penyalahgunaan lesen perniagaan untuk tujuan perjudian dan rumah urut di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bil. 1/2016 bersama-sama agensi seperti PBT, PDRM, JAIS dan Jabatan Imigresen; dan

     

    • Mengeluarkan surat arahan kepada PBT bagi Pelaksanaan Tindakan Pemantauan Dan Penguatkuasaan Bersepadu Dan Serta-Merta Bersama-Sama Agensi-Agensi Penguatkuasaan Yang Berkaitan Terhadap Penyalahgunaan Lesen Pusat Hiburan Keluarga Untuk Tujuan Perjudian dan Rumah Urut; dan

     

    • PBT dimohon supaya meningkatkan usaha-usaha dalam membanteras aktiviti perjudian di premis-premis perniagaan seperti:-

     

    • Memberi maklumat    pusat    judi    kepada    pihak                    berkuasa khususnya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diambil

     

    tindakan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (AKTA 289);

     

    • Sentiasa menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan tegas ke atas pusat siber tanpa lesen di kawasan pentadbirannya. Dalam membenteras aktiviti pusat siber ini, pihak Majlis komited menjalankan Operasi Bersepadu secara komprehensif bersama-sama pihak PDRM serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi kesalahan judi oleh orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

     

    • PBT menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Cafe Siber 2007 dengan mengenakan tindakan kompaun maksima sebanyak RM1,000.00 tanpa pengurangan kepada pemilik atau pengusaha;

     

    • Tindakan perampasan dan sitaan barang-barang berkaitan alat perjudian serta kelengkapan dilaksanakan;

     

    • Pintu premis yang dikunci dan enggan dibuka setelah disyaki/diyakini menjalankan aktiviti perjudian akan dibuka secara paksa/dipecahkan;

     

    • PBT juga menjalankan inisiatif siasatan secara penyamaran dalam mendapatkan maklumat;

     

    • Mengumpul maklumat hasil daripada aduan oleh orang awam untuk dikemukakan kepada pihak PDRM untuk tujuan

Lampiran

Tiada Lampiran.