Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

60) PUSAT RAWATAN DIALISIS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan usaha dan tindakan yang telah diambil bagi menjayakan perancangan pusat rawatan dialisis rakyat di seluruh daerah negeri Selangor dan bagaimanakah statusnya setakat hari ini.

    Kerajaan negeri berhasrat untuk menubuhkan satu Pusat Dialisis Rakyat (PDR) di setiap DUN. Untuk itu, satu bentuk kerjasama bijak telah dilakukan dengan beberapa entiti termasuk pihak swasta. Namun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memenuhi hasrat tersebut kerana tidak semua perkara berada di bawah kawalan kerajaan

     

    Kerajaan negeri merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama dalam merealisasikan hasrat murni ini. Kerjasama daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah perlu kerana lesen yang sah diperlukan sebelum sesebuah PDR dapat beroperasi. Lesen ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah PDR dapat beroperasi dan syarat-syarat tersebut adalah:

     

    1. Infrastruktur dan pelan susun atur bangunan PDR perlu mengikut keperluan standard Kementerian Kesihatan Malaysia
    2. Mesin hemodialisis di PDR perlu mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Kakitangan dan staff nurse perlu mendapat latihan kejururawatan dan pengalaman di dalam bidang dialisis
    1. Doktor yang bertugas perlu mempunyai pengalaman dan latihan di dalam bidang
    2. Meletakkan seorang pakar buah pinggang nefrologist yang akan melawat PDR secara berkala bagi merawat

     

    Memandangkan masih banyak DUN belum memiliki PDR dan pesakit buah pinggang   ramai    yang   memerlukan   perkhidmatan   tersebut,    satu    cara penyelesaian    adalah    dengan    bantuan    kos     rawatan    untuk    mereka mendapatkan khidmat di pusat-pusat hemodialisis selain PDR. Ini  tentunya memerlukan sejumlah peruntukan. Dalam masa yang sama, kerajaan      negeri juga ingin memperlihatkan komitmen dan keseriusan dengan bersama-sama menyumbang dalam bentuk pembelian mesin          hemodialisis untuk ditambah di PDR terutamanya yang telah mencapai tahap maksimum keupayaannya berdasarkan jumlah mesin yang ada.

     

    Buat masa ini kerajaan negeri telah berjaya  mewujudkan  empat (4) PDR  dan sebuah lagi sedang menunggu kelulusan KKM.

     

    Bil. Lokasi PDR Jumlah Mesin Jumlah Penerima
    1 Ampang 12 36
    2 Taman Medan 8 15
    3 Sementa 8 27
    4 Lembah Keramat 5 13
    5 Jalan Kebun Masih menunggu kelulusan KKM

     

    Jumlah mesin dialisis yang digunakan adalah sebanyak 33 buah dan terdapat seramai 91 orang pesakit sedang menerima rawatan di seluruh PDR yang sedia ada.

     

    Bagi mengukur kejayaan adalah sesuatu yang amat sukar.  Namun,  apa yang membanggakan adalah, sehingga kini, PDR mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya kepada mereka yang kurang berkemampuan  tanpa  mengenakan  sebarang  bayaran.  Perkhidmatan yang diberikan tanpa mengambil kira  jantina,  kaum,  agama,  fahaman  politik mahupun kedudukan individu berkenaan dalam masyarakat. Setiap rakyat Selangor berhak untuk mendapatkan yang terbaik dan itulah yang dihasratkan oleh kerajaan dan ia akan terus  didukung  untuk  kebaikan  setiap lapisan masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.