Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

77) PUSAT REKREASI KELONG PARADISE BNO

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah pusat rekreasi Kelong Paradise BNO dirancang dan seterusnya siap dibina serta berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaannya?

    Pusat Rekreasi Kelong Paradise BNO merupakan bangunan milik Kerajaan Negeri yang telah siap dibina sepenuhnya pada 28 Februari 2002. Jumlah keseluruhan kos pembinaannya berjumlah RM8,515,996.50 iaitu termasuk kerjakerja sivil, elektrikal dan mekanikal. Komponen bangunan kelong adalah seperti berikut:-

     

    • Tingkat Bawah
      • Aras satu bangunan ini menempatkan bilik pengurusan, ruang penyambut tetamu, ruang istirahat dan kafeteria.
      • Pelantar untuk memancing dan jaring menangkap ikan.
      • Kelengkapan tandas lelaki dan perempuan

     

    • Tingkat Atas
      • 2 unit bilik VIP yang dilengkapi dengan alat hawa dingin dan tandas.
      • Dormitori lelaki dengan muatan 40 orang dan dormitori perempuan 20 orang.
      • Bilik sembahyang lelaki dan wanita untuk 30 orang berserta tempat wuduk.
      • Tandas dan bilik mandi untuk lelaki dan perempuan

     

    • Paras Bawah
      • Catwalk untuk tujuan penyelenggaraan bangunan dan kecemasan.

     

    • Kemudahan Lain
      • Bilik generator dilengkapi dengan 2 unit generator berkuasa 40kVA setiap tahun
      • Jentera pengangkut (jib crane)
      • Sistem penangkap jaring ikan (net hauling system)
      • Sistem bekalan air tawar yang diperolehi daripada air hujan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.