Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

193) PUSAT REKREASI KELUARGA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf pusat rekreasi keluarga di Selangor?

    Bagi mempromosikan pusat rekreasi keluarga di Selangor, pelbagai usaha telah dijalankan menggunakan pelbagai medium dan kaedah bagi menyampaikan informasi berkenaan tempat rekreasi yang menarik yang ada di Negeri Selangor. Bagi memberi pendedahan dan penyebaran maklumat kepada masyarakat tempatan mahupun antarabangsa terhadap pusat rekreasi keluarga ini, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor menggunakan pelbagai pendekatan sama ada media bercetak mahupun media elektronik. Antaranya :

     

    BIL.

     

    MEDIA/ MEDIUM

     

    JENIS/ PELAKSANAAN PROMOSI

     

    1.

     

    Media Eletronik

     

    i.              Laman     Sosial     Rasmi     Tourism     Selangor

    (Facebook, twitter, dan Instagram)

    ii.            Laman Web Rasmi Tourism Selangor iaitu

    www.tourismselangor.my

    iii.           Aplikasi Telefon Pintar (Discover Selangor) yang boleh dimuaturun melalui aplikasi Google Play dan Apple App Store.

     

    2.

     

    Media Cetak

     

    i.             Risalah      Selangor       Breakaway       (Direktori Pelancongan Negeri Selangor)

    ii.           Risalah Selangor Leisure Travel

    iv.    Slot iklan dan Editorial di Majalah dan Akhbar

    iii.    Risalah Peta (Fun Map)

    Selain itu, Tourism Selangor turut menganjurkan beberapa acara bersama media dan agensi pelancongan di tempat rekreasi keluarga yang ada di sekitar Negeri Selangor bagi memberikan publisiti meluas kepada masyarakat di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya:

     

    BIL.

    ACARA/ PROGRAM  

    JENIS/ PELAKSANAAN PROMOSI

    1. Program Jelajah bersama Media i.                           Discover Selangor Eco-Photo Hunt 2015

    ii.                        TSDayout yang dijalankan sebanyak 3 Siri (White Water Rafting di Hulu Selangor, Mendaki Bukit Kutu dan TSDayOut Edisi

    Istimewa)

    2. Familiarisation Tour bersama Media dan Agensi Pelancongan

    Antarabangsa

    i.              Selangor Fruit Festival 2015 di Hutan Lipur Kanching

    ii.            Mega FAM 2015 Trip daripada Tourism Malaysia

    iii.           Make it Malaysia-China 2015

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor juga menyertai pelbagai siri pelancongan dalam dan luar negara yang bertujuan untuk membuat promosi terhadap produk , destinasi pelancongan yang berbentuk pusat rekreasi keluarga, serta acara-acara yang dijalankan sepanjang tahun 2015. Antaranya ialah :

    • Asean Tourism Forum 2015 , Myanmar
    • PATA Travel Mart 2015 , Bangalore India
    • ITB Berlin 2015 , German
    • ATM Dubai 2015 , U.A.E
    • KOFTA 2015, Seoul
    • Sales Mission to Batam Indonesia 2015 , Indonesia
    • Guangzhou International Travel Fair 2015 , China

    Selain promosi di peringkat antarabangsa, Tourism Selangor turut menjalankan siri promosi dalam negara dan negeri antaranya :

    • Johor Travel Fair 2015, Johor Bahru
    • MATTA Fair 2015, PWTC Kuala Lumpur
    • Kuala Lumpur Photography Festival 2015, Mid Valley KL

     

Lampiran

Tiada Lampiran.