Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

129) PUSAT SENI DAN BUDAYA SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di manakah lokasi-lokasi yang akan dijadikan Pusat Seni dan Budaya?

    Terdapat banyak pusat dan tempat rekreasi sedia ada yang boleh digunakan dan
    dimanfaatkan sebagai platform atau tempat untuk mempersembahkan seni karya,
    muzik dan budaya yang mana ianya tidak bertumpu kepada seni nyanyian. Di
    antaranya adalah seperti Laman Budaya di Shah Alam dan Petaling Jaya yang
    mampu untuk seniman dan karyawan berkarya dan dipersembahkan kepada
    pengunjung yang mengunjungi tempat tersebut. Secara tidak langsung programprogram kebudayaan yang dipersembahkan mampu untuk menarik dan
    menggalakkan orang ramai mengenali seni budaya serta dapat menjadikannya
    sebagai salah satu daya tarikan pelancong yang mengunjungi Negeri Selangor.
    Jawatankuasa Tetap Kebudayaan juga telah menyarankan kepada semua Pihak
    Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah di Negeri Selangor untuk mengenal pasti
    lokasi dan mewujudkan kawasan atau tempat rekreasi yang boleh digunakan
    sebagai tempat untuk memperkenalkan kebudayaan Selangor kepada masyarakat
    setempat dan aktif melaksanakan program kebudayaan setiap bulan.
    Dalam usaha memberikan pendedahan tentang nilai-nilai budaya warisan Negeri
    Selangor, Kerajaan Negeri juga turut menitikberatkan penerapan nilai-nilai murni
    budaya melalui program dan aktiviti sukan rakyat melalui Program Festival Jalanan
    Daerah di Negeri Selangor. Program ini telah pun dilaksanakan di Sepang dan Klang
    baru-baru ini dan sambutan serta penerimaan dari kalangan masyarakat mengenai
    pendedahan seni budaya Negeri Selangor amat memberangsangkan. Dengan
    menggabungjalinkan seni budaya pelbagai kaum dan peringkat umur, sekali gus
    dapat menerapkan minat untuk terlibat secara langsung dalam bidang ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.