PUSAT TEATER SHAH ALAM
54) PUSAT TEATER SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pusat tersebut ?
Melalui cabutan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertarikh 23 Julai 2014 kertas EXCO-MTES No.6/22/2014 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 29/2014 pada 6 Ogos 2014 telah menimbang dan bersetuju untuk menyerahkan pengurusan Teater Shah Alam kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).Sehubungan itu, pihak PADAT akan menyelaraskan operasi dan pengisian aktiviti penggunaanTeater Shah Alam.
Di pihak Majlis pula proses penyerahan akan dilakukan kepada pihak PADAT pada bulan Mac 2015 setelah program terakhir yang telah dijadualkan lebih awal selesai dilaksanakan. Selepas tarikh tersebut, pihak PADAT akan mengambilalih pengurusan keseluruhan bangunan tersebut.
