PUSAT TEATER SHAH ALAM

2) PUSAT TEATER SHAH ALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pusat tersebut dan bagaimanakah sumbangannya terhadap kesenian Negeri Selangor ?

    Pada 28hb. Julai 2010 satu mesyuarat telah diadakan di bilik Mesyuarat Kekwa di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor yang telah dipengerusikan oleh YB Rodziah Ismail. Dalam mesyuarat tersebut pengerusi telah memaklumkan bahawa pihak beliau dengan kerjasama Pertubuhan Arkitek Malaysia akan memeriksa mengenal pasti penambahbaikan-penambahbaikan yang perlu dibuat ke atas bangunan Teater ini sebelum bangunan tersebut digunakan. Sumbangan bangunan ini terhadap kesenian Negeri Selangor bergantung kepada perancangan yang akan diaturkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan pihak “End-User” yang akan dilantik dan diberi tanggungjawab.

Lampiran

Tiada Lampiran.