Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

146) PUSAT TUISYEN RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM 3.45 juta untuk mengadakan pusat-pusat tuisyen rakyat bagi tahun 2011 untuk golongan berpendapatan kurang RM 1,500. Nyatakan bilangan, tempat dan jumlah pelajar yang telah menyertainya?

    1. Bermula tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif  dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 3.45 Juta kepada Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor bagi menjalankan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Program ini mensasarkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal daripada keluarga berpendapatan kurang RM 1500.00. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dijalankan di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan (56 DUN) dengan setiap kawasan diberi kuota sebanyak 100 tempat sahaja. Bagi meneruskan hasrat murni kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan  berpendapatan  rendah dan pelajar yang lemah, kerajaan Negeri Selangor konsisten memberikan peruntukan yang sama pada tahun 2010 dan 2011 bagi meneruskan program ini.

    Pada tahun 2011, permohonan untuk menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah dibuka pada 1 Februari 2011 di seluruh Negeri Selangor. Kelas tuisyen  mula diadakan pada 5 Mac 2011. Walaubagaimanapun, masih terdapat sepuluh (10) kawasan (DUN) yang masih belum memulakan kelas tuisyen. Kawasan tersebut adalah, Permatang, Bukit Melawati, Kota Damansara, Kota Anggerik, Pandamaran, Sri Andalas, Kampung Tunku, Bukit Lanjan, Seri Kembangan dan Kajang. Sehingga 18 Mac 2011, seramai 2884 orang pelajar telah berdaftar untuk menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor dengan bilangan lokasi sebanyak 110 buah tempat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.