Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

7) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah dari peruntukan RM30,000 untuk PWB yang telah dibayar kepada DUN untuk tahun ini? Sila nyatakan pecahan mengikut DUN.

    Kerajaan Negeri amat memandang serius dengan pembangunan akar umbi khususnya kepada golongan wanita dalam Negeri Selangor. Justeru itu, melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB), Kerajaan Negeri telah menyalurkan memperuntukkan sebanyak RM30,000.00 kepada setiap PWB bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita sepanjang tahun 2015. Peruntukan ini diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah bagi tujuan pemantauan dan memudahkan permohonan peruntukan pelaksanaan program- program oleh PWB. Berikut adalah laporan perbelanjaan yang telah dilakukan oleh setiap PWB mengikut Daerah seperti di Lampiran 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.