Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

29) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pencapaian dan kelemahan program Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor dalam membantu kaum wanita di dalam negeri.

    Melalui kajian dan pemerhatian yang dijalankan Pusat Wanita Berdaya (PWB) telah banyak membantu kaum wanita di Negeri Selangor. Kebanyakan wanita yang terlibat secara langsung dengan PWB ini boleh berdikari sendiri dan berjaya meningkatkan ekonomi hidup masing-masing.

    Melalui latihan dan bimbingan yang telah diadakan di Pusat-Pusat Wanita Berdaya telah berjaya melahirkan usahawanita yang telah menghasilkan produk sendiri. Antara produk yang dikeluarkan adalah :

    1. Biskut Kelapa dari PWB Selat Klang;
    2. Mee Kuning dari PWB Lembah Jaya
    3. Kuih Sejuk Beku dari PWB RawangTempahan Pelbagai Pakaian Seragam dari PWB Ijok dan PWB Sijangkang
    4. Rekaan Kreatif Hasil Kraftangan (Tudung Saji) dari PWB Sungai Air Tawar
    5. Telekung dari PWB Morib
    6. Dan Lain-lain Kebanyakan produk keluaran PWB ini mendapat sambutan yang hangat dan sentiasa tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran.

    Sepanjang penubuhan PWB dari tahun 2009 sehingga kini banyak kelemahan yang telah diperbaiki dari semasa ke semasa. Kajian impak yang berterusan sentiasa dijalankan seiring dengan perkembangan PWB itu sendiri.

    PWB mungkin boleh lebih berkembang maju dan berjaya sekiranya terdapat sepenuh sokongan dan bantuan daripada masyarakat setempat termasuk barisan pimpinan hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.