Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

162) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana baki peruntukan yang tidak habis diguna bagi kewangan tahunan?

    a) dan b)

     

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM1,680,000.00 kepada Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita setempat di peringkat DUN. Penyaluran peruntukan ini adalah dibuat kepada semua Pejabat Daerah/Tanah seluruh Selangor mengikut bilangan PWB di daerah masing- masing. Setiap PWB DUN diperuntukkan sebanyak RM30,000.00 setahun daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disediakan Kerajaan  Negeri bagi melaksana dan seterusnya menjayakan program-program PWB ini.

     

    Bagi tahun 2015, PWB Selangor telah membelanjakan sebanyak RM1,280,114.50 dengan perincian perbelanjaan mengikut DUN pada Lampiran A dengan baki yang tidak dibelanjakan berjumlah RM399,885.50. Sebagai makluman Yang Berhormat, baki peruntukan yang dikawalselia oleh Pejabat Daerah/Tanah seluruh Selangor ini akan dikembalikan semula kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.