Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

194) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah KRA dan KPI yang digunakan bagi memantau perlaksanaan program dan pencapaian PWB setiap DUN?

    Pusat Wanita Berdaya merupakan antara komponen penting bagi merealisasikan agenda pemberdayaan wanita di Negeri Selangor. Penubuhannya selaras dengan kehendak semasa wanita di Negeri Selangor yang memerlukan sebuah platform latihan, menimba ilmu, mengasah bakat dan kemahiran, melahirkan wanita yang bersahsiah tinggi dan berkepimpinan serta membantu ekonomi rumah tangga.

    Kerajaan Negeri telah meletakkan beberapa Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result Area (KRA) dalam memantau dan pelaksanaan program serta pencapaian PWB. Berikut adalah empat KRA yang ditetapkan beserta Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPIs) masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.