Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

284) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh setiap kawasan masing-masing dengan pencapaiannya

    Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan serius dalam membangunkan wanita di Selangor. Jesteru itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan setiap tahun bagi menjayakan agenda Pemberdayaan Wanita Selangor yang berjumlah RM1,680,000.00 melalui aktiviti dan program pembangunan serta latihan Pusat Wanita Berdaya. Sehingga Jun 2016, sebanyak RM568,885.00 telah digunakan oleh PWB di seluruh Selangor daripada jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.