Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

26) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon disegerakan surat pelantikan dan pembayaran elaun kepada penyelaras PWB di setiap DUN

    Proses pemilihan penyelia PWB telah dilaksanakan. Seramai 56 orang calon  telah terpilih untuk dilantik sebagai penyelia PWB Selangor. Senarai nama calon-calon yang berjaya telah diangkat melalui kertas makluman ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 Mac 2015. Surat lantikan akan dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri setelah keputusan rasmi kertas makluman berkenaan diperolehi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.