Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

178) PUSAT WANITA BERDAYA MAJU

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pelan jangka masa panjang pusat ini untuk mengukuhkan ekonomi wanita di Selangor?

    Kerajaan Negeri amat peka dan prihatin terhadap pembangunan ekonomi wanita Selangor. Justeru itu, pelbagai program yang melibatkan wanita dan ekonomi dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Antara pelan jangka masa panjang untuk mengukuhkan ekonomi wanita Selangor adalah melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor.

    PWB adalah berperanan sebagai pelaksana program-program pemberdayaan wanita di setiap DUN dengan menggunakan peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Bagi wanita yang telah menjana pendapatan dengan ilmu yang dipelajari daripada program-program PWB ini, maklumat mereka akan dikumpul dan diberikan kursus-kursus yang berkaitan dengan usahawan seperti kursus simpan kira, kursus pemasaran produk dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.