Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

23) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan nasib PWB?

    Pusat Wanita Berdaya (PWB) merupakan penjenamaan semula kepada Pusat Komuniti Wanita (PKW) yang telah diwujudkan sejak tahun 2009 di lapan (8) DUN awal di Selangor.

    Pada awal pengujudannya, penubuhan PWB ini diselaras oleh mantan Yang Berhormat Exco bersama-sama Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor.

    Peralatan asas sama ada di bidang jahitan ataupun masakan yang dipilih oleh PWB disediakan oleh Kerajaan Negeri sebagai permulaan dan tanda sokongan pelaksanaan program dan aktiviti di bawah PWB tersebut.

    Bagi pemantapan jati diri dan memberdayakan diri para penyelia bersama barisan jawatankuasa kecil mereka, Kerajaan Negeri turut melaksanakan kursus- kursus seperti kursus kewangan, komunikasi di bawah pelaksanaan program- program berstruktur.

    Manakala bagi PWB yang berhasrat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti tambahan atas inisiatif PWB tersebut tetapi kekurangan modal, peruntukan turut disediakan oleh Kerajaan Negeri di bawah pelaksanaan program-program tidak berstruktur melalui penyediaan kertas kerja dan perincian perbelanjaan oleh PWB terbabit dan tertakluk kepada baki peruntukan pembangunan dan kelulusan Yang Berhormat Exco.

    Sehingga Oktober 2014, daripada jumlah keseluruhan 56 DUN, sebanyak 44 PWB telah ditubuhkan. Manakala, baki 12 DUN masih dalam tindakan mengenalpasti kesesuaian lokasi penubuhan PWB dan permohonan oleh DUN yang berkaitan.

    Sehingga kini, PWB masih bergiat aktif dalam melaksanakan program-program yang yang telah dirancang. Malah permohonan peruntukkan masih lagi disalurkan kepada PWB yang memohon peruntukkan untuk melaksanakan program-program daripada 12 bidang keutamaan yang ditetapkan melalui peruntukan pembangunan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga.

Lampiran

Tiada Lampiran.