Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

157) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini PWB seperti yang dijanjikan untuk diberi elaun kepada pengurus di setiap DUN

    Pusat Komuniti Wanita (PKW) atau kini dikenali sebagai Pusat Wanita Berdaya (PWB) diselia oleh seorang penyelia yang bertindak sebagai penggerak kepada pertubuhan tersebut. Para penyelia PWB tersebut tidak dijanjikan apa-apa bayaran elaun kerana pada asalnya ianya adalah secara sukarela.

    Walau bagaimanapun, atas dasar prihatin, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberikan saguhati berbentuk elaun bagi tempoh enam (6) bulan sahaja mulai Jun 2013 sehingga Disember 2013 melalui peruntukan Geran Selangorku di bawah Menteri Besar Inrcorporated (MBI). Selepas tempoh tersebut tiada apa-apa saguhati atau bayaran yang diberikan.

    Buat masa ini satu kajian terperinci sedang dilaksanakan bagi menambahbaik pelaksanaan PWB sehingga ke akar umbi meliputi semua aspek bagi memastikan kelancaran PWB.

Lampiran

Tiada Lampiran.