Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

167) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB) SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberhasilan PWB sejak diwujudkan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa memantau keberhasilan program-program yang dilaksanakan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) semenjak ianya di struktur semula dan ditambah baik pada bulan April 2015 sehinggalah kini. Pusat Wanita Berdaya (PWB) merupakan sebuah organisasi pemberdayaan wanita di semua 56 DUN yang diselia oleh seorang Penyelia PWB. Sejak diwujudkan, Pusat Wanita Berdaya (PWB) telah merangka dan menjalankan modul pemberdayaan wanita. Modul tersebut dibahagikan kepada dua aspek iaitu:

    1. Modul Pemberdayaan Induk (berstruktur)

    Sehingga bulan Oktober 2015, Modul Pemberdayaan Induk (berstruktur) yang telah dilaksanakan adalah seperti jadual di bawah:-

    TAJUK MODUL SASARAN PENCAPAIAN %
    Kepimpinan Wanita 56 DUN 55 DUN 98
    Kefahaman Gender 56 DUN 8 DUN 14
    Keselamatan dan Kesihatan Keluarga  

    56 DUN

     

    10 DUN

     

    17

    Pengurusan Kewangan Berhemah  

    56 DUN

     

    10 DUN

     

    17

    2. Modul Pemberdayaan Kemahiran (tidak berstruktur)

    Sebagai pemangkin kerancakan ekonomi wanita setempat, program- program tidak berstruktur lebih banyak membantu bagi meningkatkan ekonomi sama ada sebagai punca pendapat utama ataupun sebagai

    punca pendapatan sampingan. Justeru itu, PWB sentiasa mengadakan program-program berbentuk kemahiran yang boleh menarik minat kaum wanita berpersatuan di samping menambah ilmu dan meningkatkan pendapatan. Antara program-program tidak berstruktur yang dicadangkan dan telah dilaksanakan oleh para Penyelia PWB adalah seperti berikut :-Bengkel Kraftangan (kristal, dompet, beg tangan, bakul, kerongsang, gubahan);

    • Bengkel Jahitan (pakaian, telekung, sari);
    • Bengkel Masakan dan Bakeri (masakan tradisi, kuih muih tradisi pelbagai kaum, pembuatan roti, kek dan biskut);
    • Kursus Ilmiah (Kelas Bahasa, Kelas Komputer, Fotografi);
    • Senaman Sihat (Aerobik dan taklimat pemakanan sihat);
    • Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri;
    • Bengkel Penghasilan Produk (sabun organik, eko enzim dan lain-lain);
    • Program Alam Sekitar (Green Plantation); dan
    • Bengkel Kemahiran (lukis inai, refleksologi, spa terapi, cetak t-shirt)

Lampiran

Tiada Lampiran.