Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

140) PWB

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sebenar peruntukan yang dikendalikan sendiri oleh Penyelia PWB dan berapa pula dari Pejabat EXCO?

    a) dan b)

     

    Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) adalah seorang yang dilantik bagi mengetuai setiap PWB di 56 DUN seluruh Selangor yang mana PWB ini ditubuhkan sebagai pusat perkembangan potensi wanita dalam komuniti di Selangor dan sebagai hub aktiviti wanita setempat. Penyelia yang dilantik ini berperanan dalam merancang, menyedia, menyelaras dan melaksanakan dengan jayanya aktiviti/program PWB DUN mahupun Kerajaan Negeri melalui program-program di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor serta lain-lain program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

     

    Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM30,000.00 kepada setiap PWB bagi melaksanakan program-program pembangunan dan pemberdayaan wanita sepanjang tahun. Peruntukan ini disalurkan ke setiap Pejabat Daerah/Tanah seluruh Selangor bagi tujuan pemantauan dan pembayaran pelaksanaan program/aktiviti yang telah diluluskan.

     

    Sebagai makluman, bagi setiap program atau aktiviti yang bakal dilaksanakan di peringkat PWB DUN, satu kertas kerja program yang lengkap perlu disedia dan dikemukakan oleh penyelia PWB DUN berkaitan dan ianya hendaklah mendapat kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, baik dari segi pelaksanaan mahupun perbelanjaan yang dicadangkan di dalam kertas kerja berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.