Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

219) R & D BAGI HERBA KHASNYA BELALAI GAJAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain daripada FRIM dan MARDI, apakah rancangan kerajaan bagi R&D tumbuhan herba khasnya belalai gajah?

    Peranan ‘Research & Development’ ini bukan dibawah fungsi atau bidang kuasa Jabatan Pertanian. Namun begitu Pihak Jabatan Pertanian menggalakkan penanaman herba sebagai sumber baru pertanian dan turut menawarkan insentif untuk petani yang ingin melaksanakan projek-projek penanaman

     

    Program Pembangunan Tanaman Herba yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian adalah dibawah Projek Pembangunan Industri Tanaman Herba / Perhutani dimana skop insentif tertumpu kepada kaedah penanaman yang sistematik dan berteknologi . Ianya merangkumi aktiviti pertanian huluan (upstream) dan pertanian hiliran (downstream). Di antara jenis herba yang mendapat menjadi tumpuan jabatan pada masa kini adalah tanaman yang mendapat permintaan tinggi seperti serai, mas cotek, stevia, limau kasturi dan limau purut. Anggaran insentif adalah RM 20,000.00/hektar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.