Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

123) RAIN HARVESTING/PENUAIAN HUJAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan negeri di dalam prospek Rain Harvesting atau Penuaian Hujan di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyokong baik Pelan Tindakan Kejiranan Hijau yang telah diwartakan oleh Kementerian

    Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menggariskan agar Rainwater Harvesting System atau Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) ini diguna pakai oleh bangunan-bangunan kerajaan, PBT dan juga bangunan individu sebagai salah satu langkah pengurusan air yang berkesan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai dasar khusus berhubung perkara tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.