Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

110) RANCANGAN GALAKAN KEPADA ANAK MUDA MENGGANTIKAN PEKERJA ASING

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan bagi menarik anak-anak muda tempatan yang menganggur menggantikan pekerja-pekerja asing yang terlampau ramai?

    Antara usaha Kerajaan Negeri bagi menarik anak muda tempatan yang menganggur untuk bekerja ialah dengan melaksanakan pelbagai program dan latihan kemahiran seperti berikut :

     

    • Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atau Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran dan kelayakan dalam bidang-bidang tertentu bagi memenuhi keperluan industri. Program ini membolehkan anak muda mendapat pekerjaan terus di industri selepas tamat latihan di SHRDC dan program ini turut membuka peluang peningkatan kerjaya kepada pekerja industri yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) ke jawatan yang lebih tinggidi dalam syarikat yang

     

    • Program Internship High Impact Talent (i-HIT) iaitu sebuah program yang disasarkan kepada pelajar tahun akhir UNISEL, KUIS dan INPENS. Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar mendapat latihan tambahan subjek-subjek niche yang diperlukan di industri. Pelajar-pelajar akan dipilih oleh industri sebelum memasuki program dan seterusnya mendapat tawaran pekerjaan secara

     

    • Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRES) yang memberi focus kepada latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor dalam menjalani latihan di syarikat-syarikat industri

     

    • Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair 2016) iaitu sebuah program yang memberi peluang untuk warga Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program yang dilaksanakan pada 28 Mei 2016 telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 10,000 orang dengan tawaran kekosongan jawatan sebanyak 5,818.

Lampiran

Tiada Lampiran.