Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

66) RANCANGAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan demi menyelesaikan masalah infrastruktur yang tidak teratur di kampung tradisi?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Negeri Selangor mempunyai Rancangan Tempatan bagi kawasan pentadbiran dan operasi masing-masing.

    Rancangan Tempatan (RT) adalah merupakan satu dokumen rasmi yang menerangkan perancangan guna tanah bagi setiap kawasan di dalam Negeri Selangor. Rancangan Tempatan (RT) yang disediakan bukan hanya menyentuh aspek-aspek perancangan di kawasan bandar, tetapi juga menyentuh secara terperinci tentang perkara yang berkaitan perancangan infrastruktur di kawasan-kawasan kampung termasuk kampung tradisi.

    Isu dan masalah yang berkaitan infrastruktur yang tidak teratur adalah merupakan perkara utama yang sering disentuh di dalam penyediaan Rancangan Tempatan (RT). Setiap Rancangan Tempatan yang disediakan oleh PBT akan mengenalpasti kawasan-kawasan yang terlibat dengan masalah tersebut bersama penyelesaian dan cadangan-cadangan projek yang akan dilaksanakan bagi memastikan permasalahan dan isu yang timbul dapat diselesaikan.

     

    Sebagai makluman tambahan, cadangan untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur dan utiliti di kawasan kampung juga telah digariskan dalam Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri 2035 dibawah tema SMART Desa Makmur. Walau bagaimanapun, peruntukan untuk melaksanakan cadangan-cadangan projek berkenaan adalah tertakluk dibawah peruntukan Jabatan-jabatan dan PBT-PBT yang berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.