Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

177) RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini RKK di kawasan yang telah diwartakan di Selangor?

    Sehingga kini, sebanyak enam (6) Rancangan Kawasan Khas (RKK) telah disediakan dan diwartakan, manakala satu (1) RKK sedang dalam proses penyediaan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi Kerajaan dan pihak pemaju untuk membangunkan sesebuah kawasan itu. Penyediaan RKK ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) sebagai rujukan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan membuat pemajuan semula, pemuliharaan dan Senarai RKK yang telah disediakan dan diwartakan adalah seperti berikut :

    • Rancangan Kawasan Khas Bestari Jaya (2004-2040) yang diwartakan pada 14hb. Jun 2007, No.warta : 1547;
    • Rancangan Kawasan   Khas    Bandar    Pelabuhan   Klang   2015 yang diwartakan pada 27hb. Mei 2010, No.warta : 1567;
    • Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu yang diwartakan pada 27hb. Mei 2010, No.warta : 1568;
    • Rancangan Kawasan Khas Seksyen 13 Petaling Jaya yang diwartakan pada 27hb. Mei 2010, No.warta : 1569;
    • Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Pusu 2020 yang diwartakan pada 12hb. April 2012, No.warta : 1507;
    • Rancangan Kawasan Khas Kawasan Perindustrian Sg. Choh 2020 yang diwartakan pada 17hb. Julai 2014, No.warta :

    Manakala, bagi draf Rancangan Kawasan Khas Sungai Ramal Dalam, Kajang pula, program publisiti telah dijalankan, semua pandangan dan bantahan telah dibawa ke Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran. Sehingga kini, pindaan berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perancang Negeri sedang dilaksanakan sebelum diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri untuk persetujuan dan pewartaan selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

    Bagi status perlaksanaan pula, kesemua RKK yang telah diwartakan ini telah dijadikan rujukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal pembangunan, manakala bagi agensi pelaksana dan pihak pemaju, RKK ini dijadikan panduan khusus untuk menjalankan cadangan pembangunan. Sehingga kini, sebagai contoh, hasil daripada RKK Bestari Jaya 2040, pembangunan Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah dapat dilaksanakan dengan baik, manakala RKK Kuala Kubu Bharu pula usaha untuk memelihara warisan bangunan di Bandar Kuala Kubu Bharu ini akan terus dimanfaatkan dan menjadi fokus di dalam RMK11, bagi RKK Pelabuhan Klang pula, antara projek pembangunan yang telah dilaksanakan adalah Projek Mega Dua dan menaiktaraf pelabuhan Klang. Manakala bagi RKK Seksyen 13 Petaling Jaya, pembangunan bercampur dapat dibangunkan di kawasan industri yang tidak terancang supaya pembangunan di kawasan tersebut lebih tersusun dan memberi impak yang tinggi kepada ekonomi dan sosial, di samping dapat menjaga alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.