Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

38) RANCANGAN KERAJAAN NEGERI BAGI MENGGALAKKAN KEUSAHAWANAN KECIL DI KAWASAN BANDAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan rancangan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan keusahawanan kecil terutama di kawasan bandar:

    Pihak Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa komited untuk membantu keusahawanan kecil termasuk dalam pemberian lesen perniagaan. Sokongan pihak Kerajaan Negeri melalui PBT dalam pemberian lesen perniagaan kecil adalah membenarkan aktiviti penjajaan di tepi jalan dengan syarat lokasi perniagaan adalah sesuai, tidak bercanggah dengan peraturan dalam undang-undang kecil, tidak menimbulkan masalah lalu lintas, halangan dan

     

    Di antara lesen penjaja yang dikeluarkan adalah:-

    • Lesen / permit penjaja sementara;
    • Lesen / permit penjaja statik;
    • Lesen / permit penjaja beredar / kenderaan (mobile);
    • Lesen / permit penjaja perayaan;
    • Lesen / permit pasar malam;
    • Lesen / permit pasar tani;
    • Lesen / permit pasar awam’ dan
    • Lesen / permit ruang niaga di pasar raya / hypermarket

     

    Selain itu, pihak PBT juga ada menganjurkan sesi taklimat kepada usahawan kecil dan penjaja bagi menjelaskan undang-undang kecil dan peraturan syarat-syarat lesen.

     

    Terdapat juga sesetengah PBT seperti Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang mengeluarkan lesen serta-merta kepada peniaga-peniaga kecil untuk berniaga di kawasan-kawasan yang telah ditentukan, di

     

    samping memberikan kelonggaran terhadap pensyaratan-pensyaratan lesen yang tidak kekal.

Lampiran

Tiada Lampiran.